Assalamualaikum wrbt, Selamat Pagi kepada semua pembaca
Jam randik pada waktu ini menunjukkan 0247. Agak terlalu lewat untuk berjaga memandangkan esok ada rutin yang mesti dilaksanakan. Baiklah tak mahu meleret & merapu. Biarpun telah sebulan berlalu namun ingin berkongsi bersama-sama kalian perkhidmatan PA System yang kami sediakan.Apa yang sempat diperhatikan, pengantin cantik mengenakan pakaian yang bertema warna Torqiuse. Hidangan katering juga menyelarakan. Syukur alhamdulillah cuaca sangat baik sepanjang majlis, hujan renyai-renyai pada waktu petang ketika berakhirnya majlis.
Sedikit sinopsis dari majlis tersebut. Nama pasangan mempelai telah luput dalam kotak minda. Ini adalah majlis bertandang (majlis sebelah pihak lelaki). Mempelai peremuan berasal dari negeri pahlawan Melayu, Melaka. Pihak tuan rumah menginginkan konsep nasyid. Jadi lagu-lagu yang kami putarkan kesemuanya berunsurkan dakwah, ketuhanan dan konsep Islam. Makanya, tiadalah sesi ‘Vokal Bukan Sekadar Rupa’.
Jadi, sedikit foto ingin dikongsikan bersama anda. Roll Click..